Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 4
69. Standard prestasi bagi pengendali berlesen
Feedback & supportMenjadi kewajipan seseorang pengendali berlesen di bawah
Bahagian ini untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibenarkan dalam lesen pengendalinya untuk memenuhi standard prestasi yang berkaitan bagi perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan sedemikian yang diadakan olehnya.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengenai standard prestasi yang berkaitan dengan pengendalian atau pengadaan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang pada pendapatnya patut dicapai oleh seorang pengendali berlesen.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh—
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
membuat peruntukan bagi tatacara yang hendaklah diikuti bagi penguatkuasaan standard prestasi itu; dan
mengadakan hal keadaan yang dalamnya seorang pengendali berlesen boleh dikecualikan daripada mematuhi standard prestasi itu.
Permohonan oleh pengendali berlesen bagi kelulusan untuk mengambil bahagian dalam perniagaan atau perjanjian