Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
83. Skim kereta api
Feedback & supportTiada kereta api boleh dibina tanpa kelulusan Menteri, yang bertindak atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
Mana-mana orang yang berhasrat untuk membina suatu kereta api hendaklah mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada dan mendepositkan dengan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu skim kereta api, yang hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
jenis dan sistem kereta api yang dicadangkan itu, termasuk jenis atau jenis-jenis dan kuantiti stok kereta yang dicadangkan untuk digunakan di atas kereta api itu, sistem kutipan tambang yang dicadangkan dan sama ada kereta api itu akan digunakan bagi membawa penumpang atau barangan atau kedua-duanya;
laluan dan tempat terminal yang dicadangkan bagi sistem kereta api yang dicadangkan itu;
lokasi terminal, bangunan yang berkaitan, bengkel, depot dan limbung yang dicadangkan;
Pengangkutan Awam Darat 109
aspek keselamatan sistem kereta api yang dicadangkan itu, termasuk sistem isyarat dan sistem komunikasi;
struktur kadar yang dicadangkan sebagaimana yang terpakai dan syarat pembawaan lain yang dicadangkan;
penyepaduan yang dicadangkan dengan kereta api lain yang sedia ada atau yang dicadangkan;
jadual siap dan tarikh yang dicadangkan bagi pembukaan kereta api itu;
pengendali berlesen yang dicadangkan bagi kereta api yang akan dibina, jika berlainan daripada orang yang berhasrat untuk membina kereta api;
perihalan aktiviti yang berhubungan, berdampingan atau bersampingan yang dicadangkan untuk diusahakan berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kereta api itu;
kebolehaksesan sejagat yang dicadangkan dalam semua bahagian yang berkaitan kereta api itu untuk memenuhi kehendak orang kurang upaya; dan
apa-apa perkara lain yang ditetapkan yang akan membolehkan Menteri menilai skim kereta api itu.
Tiap-tiap skim kereta api yang didepositkan di bawah subseksyen (2) hendaklah disertai dengan peta yang menunjukkan laluan yang dicadangkan bagi kereta api itu.
Ketua
Pengarah
Pengangkutan
Awam
Darat boleh menghendaki pemohon supaya mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan merujuk kepada apa-apa maklumat yang terkandung dalam skim kereta api itu, dan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
110 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tal), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Menteri tentang permohonan itu.
Syor bertulis Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyatakan—
sebab-sebab bagi syornya; dan
apa-apa syarat yang pemohon patut dijadikan tertakluk padanya jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengesyorkan kepada Menteri supaya memberikan kelulusan.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kelulusan bagi skim kereta api dan mendeposit pelan, keratan, dsb.