Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bab 1

16. Kehendak bagi lesen pengendali

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengadakan sesuatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam dengan menggunakan suatu kelas kenderaan perkhidmatan awam melainkan jika dia memegang sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini.

(2)

Bagi maksud Bab ini, seseorang disifatkan mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam jika dia—

(a)

menggunakan atau memandu sesuatu kenderaan perkhidmatan awam daripada suatu kelas kenderaan perkhidmatan awam dengan sendiri; atau

(b)

mengambil kerja seorang atau lebih untuk menggunakan atau memandu sesuatu kenderaan perkhidmatan awam daripada suatu kelas kenderaan perkhidmatan awam, untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, dan—

(A)

dia mempunyai kenderaan perkhidmatan awam itu; atau

(B)

dia bertanggungjawab, di bawah apa-apa bentuk perkiraan dengan pemunya atau pemberi pajak kenderaan perkhidmatan awam tersebut untuk menguruskan, menyenggarakan atau mengendalikan kenderaan perkhidmatan awam itu.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(3)

Seseorang yang berhasrat untuk mengendalikan atau mengdakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam dengan menggunakan lebih daripada satu kelas kenderaan perkhidmatan awam hendaklah memohon bagi lesen pengendali yang berasingan di bawah seksyen ini untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam berkenaan dengan setiap kelas kenderaan perkhidmatan awam sedemikian.

(4)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penggunaan mana-mana kenderaan perkhidmatan awam atau kelas kenderaan perkhidmatan awam yang ditetapkan.

(5)

Tertakluk pada subseksyen (4), seseorang, selain suatu syarikat atau perbadanan, yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(6)

Tertakluk pada subseksyen (4), sesuatu syarikat atau perbadanan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Report

Bab

Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules