Skip to content
In forceAmendedUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Pengangkutan Awam Darat 2010

Feedback & supportRegulating land public transport

In plain English

Not legal advice

This Act provides for and regulates land public transport. It also covers matters related to land public transport. The Act applies to Peninsular Malaysia. It comes into operation on a date the minister appoints. The minister may set different dates for different parts of Peninsular Malaysia or for different provisions.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

(2)

Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia.

(3)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan—

(a)

bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Semenanjung Malaysia;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(b)

bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan atau

Bahagian-Bahagian yang berlainan dalam Akta ini; atau

(c)

bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Semenanjung Malaysia.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“bagasi” ertinya apa-apa benda untuk kegunaan dan kemudahan sendiri yang lazimnya dibawa oleh penumpang tetapi tidak, kecuali dalam hal pedagang kembara, termasuk benda yang dibawa bagi maksud perniagaan, perdagangan atau keuntungan;

“barangan” ertinya barangan atau apa-apa bebanan daripada apa-apa perihalan, tetapi tidak termasuk bagasi;

“caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan” ertinya apa-apa caj langsung yang dikenakan secara khusus bagi penggunaan jalan yang berkaitan dengan apa-apa skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan;

“jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];

“kadar” termasuk apa-apa tambang, tambang muatan, caj atau bayaran lain bagi mengangkut mana-mana penumpang atau bagasinya, atau barangan;

“kelas” termasuk jenis atau kategori;

“kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Pengangkutan Jalan 1987;

Pengangkutan Awam Darat 19

“kenderaan barangan” ertinya—

(a)

mana-mana kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk digunakan bagi membawa barangan atau sesuatu treler yang dibina atau disesuaikan sedemikian; atau

(b)

mana-mana kenderaan motor atau treler yang tidak dibina atau disesuaikan sedemikian apabila digunakan untuk membawa barangan semata-mata atau sebagai tambahan kepada penumpang, dan termasuklah kenderaan p-hailing;

“kenderaan motor” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“kenderaan p-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa barangan dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang muatan bagi setiap barangan itu, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang muatan bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan;

“kenderaan pelancongan” ertinya sesuatu kenderaan motor yang dikategorikan di bawah mana-mana kelas yang diperihalkan dalam

Jadual Kedua;

“kenderaan perkhidmatan awam” ertinya sesuatu kenderaan motor yang dikategorikan di bawah mana-mana kelas yang diperihalkan dalam Jadual Pertama;

“kenderaan yang berkaitan” ertinya—

(a)

setiap kenderaan perkhidmatan awam daripada sesuatu kelas kenderaan perkhidmatan awam yang digunakan untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan dalam lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 1

Bahagian III;

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(b)

setiap kenderaan barangan daripada sesuatu kelas kenderaan barangan yang digunakan untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 3 Bahagian III; dan

(c)

setiap kenderaan pelancongan yang dikenal pasti dalam lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2 Bahagian III;

“kereta api” ertinya apa-apa jenis kereta api bagi pembawaan awam penumpang atau barangan atau kedua-duanya, atau mana-mana bahagiannya, dan termasuklah—

(a)

segala rel, rasuk, kabel, sisian, atau cabang yang dikerjakan bagi maksud, atau berkaitan dengan, sesuatu kereta api;

(b)

segala stok kereta yang digunakan bagi maksud lalu lintas;

(c)

setakat yang dibenarkan oleh konteks, sesuatu kereta api yang sedang dalam pembinaan oleh atau bagi mana-mana syarikat kereta api; dan

(d)

apa-apa sistem berpandu atau sistem berpandu daripada sesuatu kelas yang ditetapkan sebagai kereta api bagi maksud Akta ini, tetapi tidak termasuk—

(A)

Kereta Api Bukit Bendera;

(B)

mana-mana kereta api yang digunakan atau, dalam hal sesuatu kereta api yang akan dibina, yang dicadangkan untuk digunakan, keseluruhannya atau terutamanya untuk membawa penumpang dalam mana-mana premis hiburan atau rekreasi; dan

(C)

mana-mana kereta api lain yang ditetapkan;

Pengangkutan Awam Darat 21

“Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat” ertinya Ketua

Pengarah yang dipertanggungjawabkan bagi pengangkutan awam darat;

“Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan” ertinya Ketua Pengarah bagi pengangkutan jalan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta

Pengangkutan Jalan 1987, dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah,

Pengarah dan Timbalan Pengarah;

“konduktor” ertinya—

(a)

seseorang yang dibenarkan di bawah Akta ini untuk bertindak sebagai seorang konduktor suatu kereta api; atau

(b)

seseorang yang dilesenkan di bawah Akta Pengangkutan

Jalan 1987 untuk bertindak sebagai seorang konduktor suatu kenderaan perkhidmatan awam;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;

“meletak kereta” ertinya membawa sesuatu kenderaan motor ke keadaan yang tidak bergerak dan menyebabkannya menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta-merta orang, barangan atau bagasi;

“menetapkan” ertinya menetapkan melalui peraturan-peraturan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;

“orang” termasuklah orang perseorangan, syarikat, perkongsian, dan mana-mana kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan yang lain;

“pegawai kereta api” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau bagi pihak mana-mana syarikat kereta api yang merupakan pengendali berlesen, untuk melaksanakan mana-mana fungsi yang berkaitan dengan suatu kereta api;

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

“pegawai pengangkutan awam darat” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi seorang pegawai pengangkutan awam darat di bawah seksyen 215A;

“pegawai pengangkutan jalan” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi seorang pegawai pengangkutan jalan di bawah Akta

Pengangkutan Jalan 1987;

“pegawai polis” termasuklah pegawai polis tambahan, pegawai polis simpanan sukarela atau pegawai polis pembantu yang dilantik di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344];

“pelancong” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482];

“pemandu” ertinya orang yang pada masa itu memandu sesuatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dalam hal sesuatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api yang tidak bergerak, termasuklah orang yang pada masa itu bertanggungjawab untuk memandu kenderaan yang berkaitan atau kereta api itu;

“pemandu pelancong” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992;

“pemegang lesen” ertinya pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2 Bahagian III;

“pemegang lesen perniagaan pengantaraan” ertinya pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2A Bahagian II;

“pemegang lesen terminal” ertinya pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2 Bahagian II;

“pemunya”—

(a)

berhubungan dengan sesuatu kenderaan motor yang didaftarkan atau disifatkan telah didaftarkan di bawah

Akta Pengangkutan Jalan 1987, ertinya pemunya berdaftar kenderaan itu; dan

Pengangkutan Awam Darat 23

(b)

berhubungan dengan mana-mana kenderaan motor yang lain, ertinya orang yang memiliki atau yang sedang menggunakan atau yang berhak menggunakan kenderaan motor itu;

“pengangkutan awam darat” ertinya pengangkutan di darat dengan menggunakan pengangkutan penumpang awam darat dan pengangkutan barang awam darat, dan termasuklah perkhidmatan pengangkutan awam darat, terminal, kemudahan, rangkaian, sistem, operasi dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan sedemikian atau perkhidmatan pengangkutan awam darat;

“pengangkutan barang awam darat” ertinya pembawaan barangan di darat dengan menggunakan suatu kenderaan barangan atau kereta api;

“pengangkutan penumpang awam darat” ertinya pembawaan penumpang, termasuk bagasinya, di darat dengan menggunakan suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api;

“pengendali berlesen” ertinya—

(a)

seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 1 Bahagian III;

(b)

seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 3 Bahagian III; atau

(c)

seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bahagian IV;

“pengusahaan pelancongan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992;

“Pentadbir” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada

“Pentadbir Tanah” oleh seksyen 5 *Kanun Tanah Negara 1965

[Akta 56/1965];

*CATATAN—Kanun Tanah Negara 1965 telah disemak dan dinomborkan semula sebagai

Kanun Tanah Negara (Disemak‒2020) Akta 828 berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2020.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

“penumpang”—

(a)

berhubungan dengan seorang yang dibawa dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam, tidak termasuk pemandu atau konduktor atau mana-mana pekerja lain pengendali berlesen yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang dalam menjalankan kewajipannya;

(b)

berhubungan dengan seorang pelancong yang dibawa dalam suatu kenderaan pelancongan, tidak termasuk pemandu atau pemandu pelancong;

(c)

berhubungan dengan seorang yang dibawa dalam suatu kereta api, tidak termasuk pemandu atau konduktor atau mana-mana pekerja lain pengendali berlesen yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang dalam menjalankan kewajipannya; atau

(d)

berhubungan dengan seorang yang dibawa dalam suatu kenderaan barangan, tidak termasuk pemandu atau mana-mana kelindan yang dikehendaki oleh undang-undang supaya dibawa dalam kenderaan itu;

“peringkat tambang”, berhubungan dengan sesuatu laluan yang dibenarkan dalam suatu lesen pengendali bagi suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, ertinya apa-apa pembahagian laluan itu bagi maksud mengaturkan sesuatu jadual tambang;

“perkhidmatan kenderaan barangan” ertinya—

(a)

pembawaan barangan bagi mana-mana pihak ketiga dengan menggunakan suatu kenderaan barangan untuk sewa atau upah; atau

(b)

pembawaan barangan bagi mana-mana pihak ketiga atau pembawaan barangan sendiri dengan menggunakan suatu kenderaan barangan yang berkaitan dengan suatu perdagangan atau perniagaan;

Pengangkutan Awam Darat 25

“perkhidmatan kenderaan pelancongan” ertinya pembawaan pelancong dengan menggunakan suatu kenderaan pelancongan dengan balasan bayaran yang tidak mempunyai peringkat tambang;

“perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam” ertinya pembawaan penumpang dengan menggunakan satu atau lebih kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas yang sama atau kelas yang berlainan, sama ada untuk sewa atau upah atau untuk apa-apa balasan berharga yang lain atau nilaian wang atau selainnya;

“perkhidmatan kereta api” ertinya pembawaan penumpang atau barangan atau kedua-duanya dengan menggunakan sesuatu kereta api;

“perkhidmatan pengangkutan awam darat” ertinya—

(a)

pembawaan penumpang dengan menggunakan pengangkutan penumpang awam darat; dan

(b)

pembawaan barangan dengan menggunakan pengangkutan barang awam darat;

“perniagaan kenderaan pelancongan”

ertinya perniagaan mengendalikan atau menyewakan sesuatu kenderaan pelancongan untuk mengangkut pelancong;

“perniagaan pengantaraan” ertinya perniagaan yang memudahkan perkiraan, penempahan atau transaksi bagi penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga sama ada untuk apa-apa balasan berharga atau nilaian wang atau selainnya;

“pihak berkuasa tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan

Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta

Kerajaan Tempatan 1976) 2002 [P.U. (A) 142/2002];

“pihak berkuasa yang berkenaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 67 Akta Pengangkutan Jalan 1987;

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

“premis kereta api” ertinya semua premis yang di bawah kawalan atau diduduki atau digunakan oleh suatu syarikat kereta api yang merupakan pengendali berlesen;

“rizab kereta api” ertinya—

(a)

segala tanah yang dirizabkan dengan sewajarnya, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta Kereta

Api 1991 [Akta 463], bagi maksud Kereta Api Persekutuan

Tanah Melayu atau Kereta Api Negeri Johor atau

Kereta Api Tanah Melayu di bawah peruntukan seksyen 62

*Kanun Tanah Negara 1965 atau di bawah peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang tanah yang terdahulu sebagaimana yang ditafsirkan dalam

*Kanun Tanah Negara 1965; dan

(b)

segala tanah yang disifatkan sebagai rizab kereta api di bawah peruntukan seksyen 16 atau 17 Ordinan Kereta

Api 1948 [M.U. Ord. 8/1948] yang termansuh;

“skim kereta api” ertinya sesuatu skim bagi pembinaan mana-mana kereta api yang disimpan dengan Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat menurut Bahagian IV;

“skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan” ertinya sesuatu skim yang dilaksanakan di sesuatu kawasan yang ditentukan, yang matlamatnya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas atau impak yang buruk kepada persekitaran yang berkaitan, atau kedua-duanya, dengan mengenakan suatu caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan yang ditetapkan terhadap pengguna jalan di dalam kawasan itu;

“stok kereta” termasuk tender, motor, koc, tren, wagon, trak, troli, pengangkut daripada apa-apa jenis dan lokomotif dan enjin jenis lain yang digunakan di atas kereta api;

*CATATAN—Kanun Tanah Negara 1965 telah disemak dan dinomborkan semula sebagai

Kanun Tanah Negara (Disemak‒2020) Akta 828 berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2020.

Pengangkutan Awam Darat 27

“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

*Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“syarikat kereta api” termasuk mana-mana orang, yang merupakan pemunya atau penerima pajak sesuatu kereta api atau pihak kepada suatu perjanjian bagi pengerjaan suatu kereta api;

“tambang” termasuklah semua jumlah wang yang diterima atau boleh diterima dan semua jumlah wang yang dikenakan atau boleh dikenakan bagi mengangkut penumpang;

“tambang muatan” termasuk semua jumlah wang yang diterima atau boleh diterima dan semua jumlah wang yang dikenakan atau boleh dikenakan bagi pengangkutan barangan;

“tarikh yang ditetapkan”

ertinya tarikh

Akta ini atau bahagian-bahagian Akta ini mula berkuat kuasa;

“terminal” ertinya—

(a)

stesen tunggal atau pelbagai modal dan pusat pengangkutan yang dikhususkan untuk pengangkutan awam darat atau bahagian atau pecahannya yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat;

(b)

kaunter perkhidmatan atau kaunter tiket yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat; atau

(c)

depoh kontena untuk penyimpanan kontena yang digunakan bagi import atau eksport;

“undang-undang pengangkutan awam darat” ertinya Akta ini dan

Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang ini.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

Bahagian II

Dasar Pengangkutan Awam Darat, Perancangan dan Strategi

Bab

Bab 1–

Bab 2

Bab 3

Bahagian III

Kenderaan Perkhidmatan Awam, Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Barangan

Bab 1

Bab

Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules