Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian V · Penyepaduan

144A. Permit, lesen, dsb., di bawah perjanjian antarabangsa

Feedback & support
(1)

Bagi maksud melaksanakan mana-mana perjanjian antarabangsa berhubung dengan memudahkan peredaran antarabangsa bagi mana-mana pengangkutan awam darat, Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

162 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(a)

mengiktiraf permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain untuk mana-mana pengangkutan awam darat yang dibawa sementara ke Malaysia oleh orang yang bermastautin di luar negara dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di Malaysia, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;

(b)

mengawal selia permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain untuk mana-mana pengangkutan awam darat yang dibawa sementara ke luar negara oleh orang yang bermastautin di Malaysia dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di luar negara, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;

(c)

mengawal selia penggunaan, operasi dan kehendak teknikal bagi pengangkutan awam darat yang disebut dalam subperenggan (a) dan (b), termasuklah —

(i)

takat, jam, kekerapan dan jalan atau kawasan yang akan digunakan atau yang hendak diberikan perkhidmatan;

(ii)

jenis dan bentuk dokumen yang perlu dibawa dan maklumat yang akan dipamerkan di setiap pengangkutan awam darat; dan

(iii)

akaun, dokumen dan rekod berkaitan dengan seksyen ini untuk disimpan dan dikemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan; dan

(d)

menetapkan fi atau caj yang kena dibayar berkaitan dengan seksyen ini dan cara pembayarannya.

Pengangkutan Awam Darat 163

Report

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules