Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian VIII · Rayuan
180. Keesahan lesen dilanjutkan bagi rayuan berjaya
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 19, 39 dan 54, jika Menteri membenarkan rayuan secara penuh terhadap suatu perintah yang membatalkan suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini, keesahan lesen itu hendaklah dilanjutkan oleh suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang lesen itu tidak berkuat kuasa dan tempoh lanjutan itu hendaklah dimasukkan dengan sewajarnya ke dalam lesen itu.