Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 5
76. Tambang muatan
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2) dan (3), tiada seorang pun boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan apa-apa tambang muatan berkaitan dengan suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang melebihi apa-apa kadar tambang muatan yang ditetapkan di bawah Akta ini.
Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa tambang muatan berhubung dengan suatu perkhidmatan kenderaan barangan, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan barangan daripada mengecualikan mana-mana orang, selain orang yang dikecualikan oleh
Menteri di bawah subseksyen (2), daripada membayar apa-apa tambang muatan bagi mana-mana tempoh, jika suatu permohonan bagi pengecualian itu dibuat oleh pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan barangan itu dan permohonan itu diluluskan oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat secara bertulis, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Seseorang yang menuntut, mengutip atau memegang simpan atau cuba untuk memungut, mengutip atau memegang simpan apa-apa tambang muatan dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu
Pengangkutan Awam Darat 101
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.