Seksyen 16
Permohonan bagi lesen establismen
of Akta Peranti Perubatan 2012
ActIn forceProvision 16 of 80
Seksyen 16
(1)
Sesuatu establismen boleh memohon supaya suatu lesen establismen diberikan di bawah Akta ini dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Pihak Berkuasa mengikut cara yang ditetapkan.
(2)
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
(3)
Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masa oleh pemohon sebelum permohonan itu diberikan atau ditolak oleh Pihak Berkuasa.