Skip to content

Seksyen 35

Pembaharuan permit peranti perubatan yang ditetapkan

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 35 of 80
Seksyen 35
(1)

Seseorang pemegang permit boleh memohon bagi pembaharuan permit peranti perubatan yang ditetapkannya kepada Pihak Berkuasa tidak lewat daripada satu tahun sebelum tarikh habis tempoh permit itu.

(2)

Pihak Berkuasa hendaklah, apabila fi yang ditetapkan dibayar, membaharui sesuatu permit peranti perubatan yang ditetapkan kecuali dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

pemegang permit telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

pemegang permit telah memungkiri mana-mana syarat permit peranti perubatan yang ditetapkan;

(c)

pemegang permit telah mendapatkan permit peranti perubatan yang ditetapkan secara tidak patut atau tidak sah; atau

(d)

pemegang permit telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Peranti Perubatan 29

(3)

Pihak Berkuasa boleh meminta pemegang permit supaya memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki bagi permohonan pembaharuan permit itu dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), jika maklumat, butir-butir atau dokumen yang diminta di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemegang permit dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan, Pihak Berkuasa boleh tidak membaharui permit peranti perubatan yang ditetapkan itu.

Kesan menggantung, membatalkan, menyerah balik atau tidak membaharui permit peranti perubatan yang ditetapkan