Skip to content

Seksyen 17

Maklumat atau dokumen tambahan

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 17 of 80
Seksyen 17
(1)

Pihak Berkuasa boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah seksyen 16 diterima, meminta pemohon supaya memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan kepada Pihak

Berkuasa dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu.

(2)

Jika apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan lagi, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat suatu permohonan baru.

Peranti Perubatan 21