Skip to content

Seksyen 28

Permohonan bagi permit peranti perubatan yang ditetapkan

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 28 of 80
Seksyen 28
(1)

Seseorang boleh memohon supaya suatu permit peranti perubatan yang ditetapkan diberikan di bawah Akta ini dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Pihak Berkuasa mengikut cara yang ditetapkan.

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa oleh pemohon sebelum permohonan itu diberikan atau ditolak oleh

Pihak Berkuasa.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 737