Skip to content

Seksyen 25

Kesan menggantung, membatalkan, menyerah balik atau tidak membaharui lesen establismen

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 25 of 80
Seksyen 25
(1)

Jika sesuatu lesen establismen digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 22, diserah balik di bawah seksyen 23 atau tidak dibaharui di bawah seksyen 24, pemegang lesen hendaklah dengan serta-merta berhenti mengimport, mengeksport atau meletakkan dalam pasaran mana-mana peranti perubatan yang didaftarkan yang berkenaan dengannya lesen establismen itu diberikan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa selepas penggantungan, pembatalan, penyerahan balik atau tidak membaharui sesuatu lesen establismen, memberikan apa-apa arahan kepada pemegang lesen yang difikirkannya perlu demi kepentingan kesihatan dan keselamatan awam, dan pemegang lesen itu hendaklah mematuhi semua arahan sedemikian.

(3)

Pemegang lesen yang lesen establismennya—

(a)

digantung, dibatalkan atau tidak dibaharui tidak berhak kepada apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang disebabkan kepadanya oleh penggantungan, pembatalan atau hal tidak membaharui lesen establismen itu; dan

(b)

dibatalkan tidak berhak kepada apa-apa pembayaran balik fi lesen establismen yang telah dibayar di bawah seksyen 18.

(4)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Peranti Perubatan 25

Permit peranti perubatan yang ditetapkan