Seksyen 27
Kehendak bagi permit peranti perubatan yang ditetapkan
of Akta Peranti Perubatan 2012
ActIn forceProvision 27 of 80
Seksyen 27
(1)
Tiada seorang pun boleh menggunakan atau mengendalikan apa-apa peranti perubatan yang ditetapkan melainkan jika orang itu memegang suatu permit peranti perubatan yang ditetapkan yang diberikan di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.