Seksyen 33
Penggantungan atau pembatalan permit peranti perubatan yang ditetapkan
of Akta Peranti Perubatan 2012
Pihak Berkuasa boleh menggantung atau membatalkan suatu permit peranti perubatan yang ditetapkan jika pemegang permit itu—
(a)
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(b)
telah memungkiri mana-mana syarat permit peranti perubatan yang ditetapkan itu; atau
(c)
telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Jika sesuatu permit peranti perubatan yang ditetapkan digantung di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa boleh menghendaki pemegang permit itu supaya meremedi pelanggaran atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
(3)
Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa pemegang permit tidak meremedi pelanggaran atau kemungkiran itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), atau pelanggaran atau kemungkiran itu masih berterusan selepas permit peranti perubatan yang ditetapkan itu digantung di
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 737
bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah membatalkan permit peranti perubatan yang ditetapkan itu.