Seksyen 29
Maklumat atau dokumen tambahan
of Akta Peranti Perubatan 2012
Pihak Berkuasa boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas permohonan di bawah seksyen 28 diterima, meminta pemohon supaya memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan kepada Pihak
Berkuasa dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu.
(2)
Jika apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan lagi, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat suatu permohonan baru.