Skip to content

Seksyen 34

Penyerahan balik permit peranti perubatan yang ditetapkan

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 34 of 80
Seksyen 34
(1)

Seseorang pemegang permit boleh, dengan notis bertulis, menyerahkan balik permit peranti perubatan yang ditetapkannya dengan mengemukakan permit peranti perubatan yang ditetapkan itu kepada Pihak

Berkuasa.

(2)

Penyerahan balik permit peranti perubatan yang ditetapkan hendaklah berkuat kuasa apabila permit peranti perubatan yang ditetapkan itu dan notis bertulis di bawah subseksyen (1) diterima oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Penyerahan balik sesuatu permit peranti perubatan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibatalkan.