Seksyen 30
Pemberian atau keengganan untuk memberikan permit peranti perubatan yang ditetapkan
of Akta Peranti Perubatan 2012
Pihak Berkuasa boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi permit peranti perubatan yang ditetapkan di bawah seksyen 28 dan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang diberikan di bawah seksyen 29, memberikan permit peranti perubatan yang ditetapkan bagi suatu tempoh yang ditetapkan atau enggan untuk memberikan permit peranti perubatan yang ditetapkan itu.
(2)
Sesuatu permit peranti perubatan yang ditetapkan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan apa-apa syarat yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa untuk dikenakan.