Skip to content

Seksyen 24

Pembaharuan lesen establismen

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 24 of 80
Seksyen 24
(1)

Pemegang lesen boleh memohon bagi pembaharuan lesen establismennya kepada Pihak Berkuasa tidak lewat daripada satu tahun sebelum tarikh habis tempoh lesen establismen itu.

(2)

Pihak Berkuasa hendaklah, apabila fi yang ditetapkan dibayar, membaharui sesuatu lesen establismen kecuali dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

pemegang lesen telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

pemegang lesen telah memungkiri mana-mana syarat lesen establismen;

(c)

pemegang lesen telah mendapatkan lesen establismen secara tidak patut atau tidak sah; atau

(d)

pemegang lesen telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(3)

Pihak Berkuasa boleh meminta pemegang lesen supaya memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki bagi permohonan pembaharuan lesen itu dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 737

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), jika maklumat, butir-butir atau dokumen yang diminta di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemegang lesen dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan, Pihak Berkuasa boleh tidak membaharui lesen establismen itu.