Seksyen 18
Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen establismen
of Akta Peranti Perubatan 2012
ActIn forceProvision 18 of 80
Seksyen 18
(1)
Pihak Berkuasa boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi lesen establismen di bawah seksyen 16, dan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang diberikan di bawah seksyen 17, memberikan lesen establismen bagi suatu tempoh yang ditetapkan atau enggan untuk memberikan lesen establismen itu.
(2)
Sesuatu lesen establismen yang diberikan di bawah subseksyen (1)
hendaklah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa untuk dikenakan.