Skip to content

Seksyen 35

Keanggotaan Tribunal

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 35 of 112
Seksyen 35
(1)

Tribunal hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; dan

(b)

tidak kurang daripada lima orang anggota lain yang hendaklah dilantik daripada kalangan orang yang merupakan anggota atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau peguam bela dan peguam cara yang diterima masuk

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 41

dan didaftaraikan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela Sabah

[Sabah Bab 2] atau Ordinan Peguam Bela Sarawak

[Sarawak Bab 110] yang telah menjalankan amalan tidak kurang daripada tujuh tahun.

(2)

Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(b)—

(a)

hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun; dan

(b)

hendaklah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya tetapi tidak boleh dilantik bagi lebih daripada tiga tempoh yang berturut-turut.