Skip to content

Seksyen 52

Rundingan penyelesaian

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 52 of 112
Seksyen 52
(1)

Tribunal hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap tuntutan dalam bidang kuasanya, menilai sama ada, dalam semua hal keadaan, wajar bagi Tribunal untuk membantu pihak-pihak merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 49

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam membuat penilaian, Tribunal hendaklah mengambil kira apa-apa faktor yang, pada pendapat Tribunal, mungkin mencacatkan kemampuan salah satu atau kedua-dua pihak untuk merundingkan penyelesaian yang dipersetujui.

(3)

Jika pihak-pihak mencapai penyelesaian yang dipersetujui,

Tribunal hendaklah bersetuju dan merekodkan penyelesaian itu dan penyelesaian itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah penyelesaian itu ialah award Tribunal.

(4)

Jika—

(a)

Tribunal mendapati bahawa tidaklah wajar untuknya membantu pihak-pihak merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu; atau

(b)

pihak-pihak itu tidak dapat mencapai penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu, Tribunal hendaklah meneruskan untuk memutuskan pertikaian itu.