Seksyen 48
Peninggalan untuk membawa tuntutan dalam bidang kuasa
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Pihak yang menuntut boleh meninggalkan apa-apa amaun tuntutan yang melebihi lima puluh ribu ringgit supaya dapat membawa tuntutan itu dalam bidang kuasa Tribunal.
(2)
Jika sebahagian daripada sesuatu tuntutan telah ditinggalkan di bawah subseksyen (1), rekod Tribunal bagi penyelesaian yang dipersetujui di bawah subseksyen 52(3) atau award Tribunal di bawah seksyen 57, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan tuntutan itu hendaklah berkuat kuasa bagi melepaskan—
(a)
orang yang menjadi pihak kepada penyelesaian yang dipersetujui itu; atau
(b)
orang yang terhadapnya tuntutan dibawa dan award yang berikutan dengannya dibuat, daripada tanggungan berkenaan dengan amaun yang ditinggalkan sedemikian.