Seksyen 46
Batas bidang kuasa
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata di bawah Akta ini, Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa tuntutan—
(a)
bagi mendapatkan tanah, atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah; dan
(b)
yang mengandungi pertikaian berkenaan dengan—
(i)
hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat atau penyelesaian, atau disebabkan kematian tidak berwasiat (termasuk kematian tidak berwasiat separa);
46
Undang-Undang Malaysia
Akta 672
(ii)
nama baik;
(iii)
apa-apa hak dalam tindakan; atau
(iv)
apa-apa rahsia perdagangan atau hak harta intelek lain.
(2)
Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kausa tindakan yang berbangkit daripada—
(a)
apa-apa tuntutan bagi mendapatkan caj, fi atau levi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal oleh pemegang lesen atau Perbadanan; atau
(b)
apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada apa-apa caj, fi atau levi yang dikenakan bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal antara pemegang lesen atau Perbadanan dengan pemunya, penghuni, pihak berkuasa tempatan atau penghasil sisa pepejal;
yang dibawa oleh orang yang berkepentingan dalam masa tiga tahun dari tuntutan atau pertikaian itu.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan Tribunal mendengar suatu tuntutan yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian.
(4)
Bagi maksud subseksyen (1), “tanah” tidaklah termasuk lekapan.