Skip to content

Seksyen 47

Peluasan bidang kuasa melalui perjanjian

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 47 of 112
Seksyen 47
(1)

Walaupun amaun atau nilai hal perkara yang dituntut atau yang dipertikaikan melebihi lima puluh ribu ringgit,

Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan jika pihak-pihak telah membuat suatu perjanjian secara bertulis bahawa Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan itu.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 47

(2)

Suatu perjanjian boleh dibuat di bawah subseksyen (1)—

(a)

sebelum tuntutan dikemukakan di bawah seksyen 44;

atau

(b)

jika tuntutan telah dikemukakan di bawah seksyen 44, pada bila-bila masa sebelum Tribunal merekodkan penyelesaian yang dipersetujui berkenaan dengan tuntutan itu di bawah subseksyen 52(3) atau telah memutuskan tuntutan itu di bawah seksyen 57, mengikut mana-mana yang berkenaan.