Seksyen 50
Penyingkiran bidang kuasa mahkamah
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Jika sesuatu tuntutan dikemukakan kepada Tribunal dan tuntutan itu berada dalam bidang kuasa Tribunal, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan itu, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau muncul semasa pendengaran, tidak boleh menjadi perkara dalam prosiding antara pihak yang sama dalam mana-mana mahkamah melainkan jika—
(a)
prosiding di hadapan mahkamah itu telah dimulakan sebelum tuntutan itu dikemukakan kepada Tribunal; atau
(b)
tuntutan di hadapan Tribunal telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.
(2)
Jika perenggan (1)(a) terpakai, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan yang dimaksudkan oleh prosiding itu, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau muncul semasa pendengaran, tidak boleh menjadi perkara dalam prosiding antara pihak yang sama di hadapan Tribunal melainkan jika tuntutan di hadapan mahkamah telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.
Notis tuntutan dan pendengaran