Skip to content

Seksyen 43

Persidangan Tribunal

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 43 of 112
Seksyen 43
(1)

Bidang kuasa Tribunal hendaklah dijalankan oleh mana-mana orang yang berikut yang bersidang sendirian:

(a)

Pengerusi Tribunal;

(b)

Timbalan Pengerusi Tribunal; atau

(c)

mana-mana anggota Tribunal yang ditentukan oleh

Pengerusi.

(2)

Tribunal boleh bersidang dalam satu atau lebih sidang pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

(3)

Jika orang yang mempengerusikan apa-apa prosiding berkenaan dengan sesuatu tuntutan mati atau menjadi tidak upaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak dapat menyelesaikan atau membereskan prosiding itu, tuntutan itu hendaklah didengar semula oleh seorang anggota lain Tribunal, melainkan jika pihak-pihak bersetuju supaya tuntutan itu diteruskan oleh seorang anggota lain Tribunal.

(4)

Jika tempoh pelantikan mana-mana anggota Tribunal di bawah seksyen ini tamat semasa apa-apa prosiding belum selesai berkenaan dengan sesuatu tuntutan, tempoh pelantikannya hendaklah disifatkan telah dilanjutkan sehingga tuntutan itu dibereskan dengan muktamad.