Skip to content

Seksyen 55

Keterangan

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 55 of 112
Seksyen 55
(1)

Tribunal boleh—

(a)

mendapatkan dan menerima semua keterangan bersumpah atau dengan ikrar, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal untuk didapatkan, diterima atau diperiksa;

(b)

menghendaki pengemukaan buku, kertas, dokumen, rekod atau benda di hadapannya;

(c)

mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;

(d)

mendapatkan dan menerima apa-apa keterangan lain dan membuat apa-apa siasatan lain sebagaimana yang difikirkannya patut;

(e)

memanggil pihak-pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau selainnya untuk membantu Tribunal dalam pertimbangtelitiannya;

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 51

(f)

menerima keterangan pakar; dan

(g)

secara umumnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat pemutusan tuntutan itu.

(2)

Sesuatu saman yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah saman itu merupakan suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah rendah.