Seksyen 57
Award Tribunal
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Tribunal hendaklah membuat awardnya tanpa kelengahan dan, jika dapat dilaksanakan, dalam masa enam puluh hari dari hari pertama pendengaran bermula di hadapan Tribunal.
(2)
Sesuatu award Tribunal di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki satu atau lebih daripada yang berikut:
(a)
supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak lain;
(b)
supaya wang diawardkan untuk memampasi bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh orang yang menuntut;
(c)
supaya kos untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;
(d)
supaya bunga dibayar atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan pada kadar tidak melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika telah dipersetujui selainnya antara pihak itu;
(e)
supaya tuntutan itu ditolak.
52
Undang-Undang Malaysia
Akta 672
(3)
Tiada apa-apa jua dalam perenggan (2)(d) atau (e) boleh disifatkan memberi Tribunal kuasa untuk mengaward apa-apa ganti rugi bagi apa-apa kerugian atau kerosakan bukan wang.
(4)
Tribunal boleh pada bila-bila masa membaiki atau membetulkan kesilapan taipan dalam apa-apa award atau ralat yang berbangkit daripada apa-apa kesilapan atau peninggalan yang tidak disengajakan.