Seksyen 45
Bidang kuasa Tribunal
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Tertakluk kepada seksyen 46 dan 47, Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sesuatu tuntutan yang dikemukakan di bawah seksyen 44 jika jumlah amaun yang berkenaan dengannya award Tribunal diminta tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (1), seseorang penentang kepada sesuatu tuntutan atau pertikaian boleh membangkitkan suatu hutang atau tuntutan jumlah tertentu sebagai—
(a)
pembelaan; atau
(b)
tuntutan balas.
(3)
Jika penentang membangkitkan suatu hutang atau tuntutan jumlah tertentu di bawah subseksyen (2) dan hutang atau tuntutan itu dibuktikan, Tribunal hendaklah—
(a)
memberi kuat kuasa kepada pembelaan itu; atau
(b)
mendengar dan memutuskan tuntutan balas itu walaupun tuntutan asal telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.
(4)
Apa-apa tuntutan yang dikemukakan kepada Tribunal boleh termasuk kerugian atau kerosakan yang berbangkit.