Malaysia legislation

Section 76

of *AKTA CAP DAGANGAN 2019

Seksyen 76

(a)

sama ada atau tidak cap dagangan itu telah didaftarkan di Malaysia, atau suatu permohonan bagi pendaftaran cap dagangan telah dibuat kepada Pendaftar; dan

(b)

sama ada atau tidak tuan punya cap dagangan itu menjalankan perniagaan, atau mempunyai nama baik, di

Malaysia.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (5) dan (6), tuan punya suatu cap dagangan terkenal berhak untuk menahan dengan injunksi penggunaan di dalam Malaysia, dalam penjalanan perdagangan dan tanpa persetujuan tuan punya, apa-apa cap dagangan yang, atau suatu bahagian penting yang, serupa atau hampir serupa dengan tuan punya cap dagangan—

(a)

berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang serupa atau hampir serupa, yang penggunaan itu mungkin menyebabkan kekeliruan; atau

(b)

berhubung dengan apa-apa barang-barang atau perkhidmatan, jika penggunaan cap dagangan itu menunjukkan kaitan antara barang-barang atau perkhidmatan itu dengan tuan punya, dan mungkin merosakkan kepentingan tuan punya.

(3)

Tuan punya suatu cap dagangan terkenal boleh memohon kepada Mahkamah bagi pengisytiharan ketidaksahan cap dagangan berdaftar atas alasan bahawa cap dagangan berdaftar itu serupa atau hampir serupa dengan cap dagangan terkenal di dalam Malaysia dan

84

Undang-Undang Malaysia cap dagangan berdaftar itu didaftarkan bagi apa-apa barang-barang atau perkhidmatan yang tidak serupa atau tidak hampir serupa dengan barang-barang dan perkhidmatan yang berkenaan dengan cap dagangan terkenal itu—

(a)

jika penggunaan cap dagangan berdaftar berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan itu akan menunjukkan suatu kaitan antara barang-barang atau perkhidmatan itu dengan tuan punya cap dagangan terkenal itu;

(b)

jika wujud kebarangkalian kekeliruan kepada orang awam kerana penggunaan sedemikian; dan

(c)

kepentingan tuan punya cap dagangan terkenal itu mungkin dirosakkan dengan penggunaan itu.

(4)

Seorang tuan punya cap dagangan terkenal boleh memohon kepada Mahkamah bagi pengisytiharan ketidaksahan suatu cap dagangan berdaftar atas alasan pendaftaran itu diperoleh secara fraud atau dengan salah nyataan.

(5)

Tuan punya suatu cap dagangan terkenal itu tidak berhak kepada hak yang disebut dalam subseksyen (2) jika penggunaan cap dagangan itu bermula sebelum cap dagangan milikan tuan punya menjadi terkenal di dalam Malaysia melainkan jika cap dagangan itu telah digunakan dengan niat jahat.

(6)

Tuan punya suatu cap dagangan terkenal itu hendaklah terhenti mendapat hak yang disebut dalam subseksyen (2) jika tuan punya cap dagangan terkenal itu telah bersetuju bagi tempoh lima tahun berturut-turut cap dagangan itu digunakan di dalam

Malaysia, menyedari tentang penggunaan itu, melainkan jika cap dagangan itu telah digunakan dengan niat jahat.

(7)

Dalam memutuskan sama ada cap dagangan itu, telah digunakan dengan niat jahat, ia hendaklah relevan kepada

Mahkamah untuk mempertimbangkan sama ada orang yang menggunakan cap dagangan itu, pada masa dia mula menggunakan cap dagangan, mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mengetahui, cap dagangan terkenal milik tuan punya itu.

(8)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2) boleh menjejaskan penerusan apa-apa penggunaan yang disebut dalam subseksyen itu mengenai suatu cap dagangan dengan suci hati yang bermula sebelum

Cap Dagangan 85

1 Disember 1997 (apabila peruntukan yang berkaitan dengan

Perjanjian TRIPS mula berkuat kuasa berhubung dengan Malaysia).

(9)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) boleh menjejaskan penerusan apa-apa penggunaan bona fide suatu cap dagangan yang digunakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

(10)

Bagi maksud seksyen ini, “penggunaan”, berhubung dengan suatu cap dagangan, ertinya penggunaan mengikut pengertian subseksyen 54(3).

Kebenaran penggunaan cap dagangan terkenal