Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XII · Perkara Antarabangsa
77. Kebenaran penggunaan cap dagangan terkenal
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 76, tuan punya suatu cap dagangan terkenal tidak berhak untuk menahan dengan injuksi penggunaan di dalam Malaysia, mengikut amalan jujur dalam perkara perindustrian atau komersial, oleh mana-mana orang yang—
nama—
orang itu sendiri;
tempat perniagaan orang itu;
pendulu orang itu dalam perniagaan; atau
tempat perniagaan pendulu orang itu dalam perniagaan;
mana-mana tanda untuk menunjukkan—
jenis, kualiti, kuantiti, kegunaan spesifik, nilai, tempat asal geografi atau ciri-ciri lain barang-barang atau perkhidmatan; atau
masa pengeluaran barang-barang atau pemberian perkhidmatan; atau
cap dagangan untuk menunjukkan kegunaan spesifik barang-barang termasuk aksesori atau alat ganti atau perkhidmatan.
Walau apa pun seksyen 76, tuan punya suatu cap dagangan terkenal tidak berhak untuk menahan dengan injunksi penggunaan
86
Undang-Undang Malaysia di dalam Malaysia bagi—
apa-apa cap dagangan berdaftar berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang cap dagangan berdaftar itu didaftarkan; atau
cap dagangan jika penggunaan itu—
adalah bagi maksud bukan komersial;
adalah bagi maksud pelaporan berita atau ulasan berita; atau
pada bila-bila masa secara nyata atau tersirat telah dipersetujui oleh tuan punya cap dagangan terkenal itu.