Akta Doktor Veterinar 1974 · As enacted · Bahagian III · Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar
11. Section 11
Feedback & supportPendaftar hendaklah mengarah disenggara dalam bentuk yang ditetapkan suatu daftar doktor-doktor veterinar bernama Daftar Doktor-doktor Veterinar, Malaysia dan Daftar itu hendaklah mengandungi butir-butir mengikut sebagaimana yang ditetapkan.
Pendaftar adalah bertanggungjawab atas penyenggaraan dan penyimpanan Daftar itu mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Daftar itu hendaklah disenggara dalam dua Bahagian seperti berikut:
Bahagian I ialah berkenaan dengan orang-orang yang memegang kelulusan-kelulusan yang dinyatakan dalam ruang ketiga dalam Bahagian I dalam
Jadual Kedua, yang diberi oleh institusi-institusi yang dinyatakan berhubung dengan kelulusankelulusan itu dalam ruang kedua dalam Jadual itu; dan
Bahagian II ialah berkenaan dengan orang-orang yang memegang kelulusan-kelulusan yang dinyatakan dalam ruang ketiga dalam Bahagian II dalam Jadual Kedua, yang diberi oleh institusi-institusi yang dinyatakan berhubung dengan kelulusan-kelulusan itu dalam ruang kedua dalam Jadual itu.
Daftar itu hendaklah disifatkan sebagai dokumen awam dalam erti Akta Keterangan, 1950.