Akta Doktor Veterinar 1974 · As enacted · Bahagian III · Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar
16. Section 16
Feedback & supportJika seseorang yang memohon pendaftaran telah—
didapati bersalah pada bila-bila masa atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan frod, kecurangan atau keburukan akhlak atau atas sesuatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara (samada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh dua tahun atau lebih; atau
didapati oleh Majlis, selepas menjalankan penyiasatan yang sepatutnya, sebagai telah bersalah atas kelakuan buruk dari apa-apa segi profesyen atau pun sebagai tidak mempunyai nama dan kelakuan yang baik, maka Majlis boleh mengarahkan Pendaftar supaya jangan mencatitkan nama orang itu dalam Daftar.
Pendaftar hendaklah dengan segera memberitahu secara bertulis kepada orang yang berkenaan itu tentang arahan Majlis yang tidak membenarkan nama orang itu dicatitkan dalam Daftar.
Di dalam sesuatu penyiasatan di bawah perenggan (b) seksyen-kecil (1), pemohon adalah berhak hadir di hadapan Majlis dan didengar sendiri atau melalui peguambela dan peguamcaranya.