Akta Doktor Veterinar 1974 · As enacted · Bahagian III · Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar
18. Section 18
Feedback & supportPendaftar hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas satu haribulan Januari tiap-tiap tahun menyedia dan menyiarkan dalam Warta satu atau beberapa senarai mengandungi nama, alamat, kelulusan, tarikh kelulusan dan tarikh pendaftaran semua doktor veterinar yang kepadanya perakuan-perakuan pengamalan tahunan telah dikeluarkan bagi tahun itu dan mana-mana senarai atau senarai-senarai itu boleh dipinda pada bila-bila masa dalam tahun itu.
Penyiaran senarai itu adalah keterangan prima facie mengenai butir-butir yang terkandung di dalamnya.
Tidak adanya nama seseorang dalam senarai itu adalah keterangan prima facie bahawa perakuan pengamalan tahunan telah tidak dikeluarkan kepadanya dan ianya tidak dibenar menjalankan amalan sebagai seorang berdaftar.
Perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar mengenai butir-butir yang terdapat dalam Daftar berkenaan dengan seseorang adalah keterangan muktamad mengenai butir-butir itu.