Akta Doktor Veterinar 1974 · As enacted · Bahagian III · Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar
13. Section 13
Feedback & supportWalau apapun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, Majlis dengan kelulusan Menteri boleh, atas permohonan bertulis, mengeluarkan kepada seseorang doktor veterinar yang didaftarkan di mana-mana jua di luar Malaysia suatu permit sementara untuk menjalankan amalan sebagai seorang doktor veterinar tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang dinyatakan oleh Majlis dalam permit itu selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan.
Pemegang permit sementara untuk menjalankan amalan itu hendaklah, dalam masa permit itu masih berkuatkuasa dan tertakluk kepada sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam permit itu, disifatkan sebagai seorang doktor veterinar berdaftar.
Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan sesuatu permit pengamalan sementara yang diberi di bawah seksyen ini dan dengan pembatalan itu maka luputlah permit itu.
Bagi maksud seksyen-kecil (1), seseorang doktor veterinar adalah termasuk seseorang yang memegang kelulusan-kelulusan dalam perubatan veterinar dari institusi-institusi yang lain daripada yang dinyatakan dalam Bahagian I dan Bahagian II dalam Jadual Kedua.