Skip to content
In forceAs enacted

Bahagian III · Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar

14. Section 14

Feedback & support
(1)

Tiada sesuatu ijazah atau kelulusan boleh dicatitkan dalam Daftar, samada pada pendaftaran kali pertama atau sebagai tambahan kepada sesuatu nama berdaftar, melainkan jika Pendaftar berpuashati dengan apa-apa keterangan yang difikirkannya patut bahawa orang yang mengaku mempunyai ijazah atau kelulusan itu adalah berhak kepadanya.

(2)

Tiap-tiap orang yang didaftarkan di bawah Akta ini yang memperolehi sesuatu kelulusan veterinar, lain daripada kelulusan yang menurutnya ia telah didaftarkan, boleh memohon kepada Majlis supaya meminda Daftar itu setakat mana ianya berkaitan dengan kelulusan-kelulusan orang itu, dan atas permohonan itu Majlis hendaklah, jika berpuashati bahawa pemohon itu berhak kepada kelulusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat dan bahawa kelulusan itu mempunyai taraf yang mencukupi untuk mematutkan ia dicatitkan dalam Daftar, mengarahkan supaya Daftar itu dipinda dengan sewajarnya dengan memasukkan dalamnya butir-butir kelulusan itu.

(3)

Majlis adalah berkuasa memutuskan apakah ijazah ijazah dan kelulusan-kelulusan tambahan yang boleh dicatitkan dalam Daftar.

Report

Bahagian IV

Tindakan Tatatertib

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan

Bahagian VII

Peruntukan-Peruntukan Tambahan bagi Maksud-Maksud Negara

Schedules