Skip to content
In forceAs enacted

Bahagian III · Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar

28. Section 28

Feedback & support
(1)

Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi—

(a)

Ketua Pengarah;

(b)

pegawai yang bertanggungjawab bagi pentadbiran Perkhidmatan Haiwan dalam sesuatu Negeri; atau

(c)

mana-mana pihakberkuasa yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud seksyen ini, melantik pemeriksa-pemeriksa bagi maksud Akta ini dan memberi kuasa kepada pemeriksa-pemeriksa itu, dengan bertulis—

(i)

untuk memasuki dan memeriksa pada bila-bila masa mana-mana premis yang digunakan atau dicadang untuk digunakan atau yang berkenaan dengannya ada sebab yang menasabah bagi mempercayai bahawa ia sedang digunakan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar; dan

(ii)

menyiasat dan melapurkan kepada orang atau pihakberkuasa yang telah melantik mereka mengenai keadaan dalam mana amalan perubatan veterinar sedang atau dicadang hendak dijalankan.

(2)

Seseorang pemeriksa yang dilantik itu hendaklah semasa memasuki atau memeriksa mana-mana premis menunjukkan surat kuasa bertulis yang diberi di bawah seksyen-kecil (1).

(3)

Lapuran-lapuran yang dibuat oleh seseorang pemeriksa di bawah seksyen-kecil (1) hendaklah dibuat dalam bentuk yang ditetapkan dan adalah menjadi kewajipan pihakberkuasa berkenaan yang telah melantik pemeriksa itu menghantar lapuran-lapuran itu kepada Majlis tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh pemeriksaan itu.

Report

Bahagian IV

Tindakan Tatatertib

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan

Bahagian VII

Peruntukan-Peruntukan Tambahan bagi Maksud-Maksud Negara

Schedules