Akta Doktor Veterinar 1974 · As enacted · Bahagian III · Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar
26. Section 26
Feedback & supportTiap-tiap doktor veterinar berdaftar hendaklah mengarahkan supaya dipamirkan disuatu tempat yang mudah dilihat di mana-mana premis di mana ia menjalankan amalan perubatan veterinar, kecuali sebagai seorang pegawai dalam perkhidmatan awam, perakuan pengamalan tahunan semasa yang dikeluarkan kepadanya.
Jika seseorang doktor veterinar berdaftar menjalankan amalan perubatan veterinar sebagaimana tersebut di atas di dua alamat atau lebih, ia hendaklah mengarahkan supaya perakuan pengamalan tahunan semasanya yang asal dipamirkan sebagaimana tersebut di atas di premis di tempat amalan utamanya dan satu salinan yang diperakui bagi tiaptiap satu perakuan tersebut di premis di tiap-tiap tempat amalan yang lain itu, salinan-salinan yang diperakui itu hendaklah diperolehinya bagi maksud itu daripada Pendaftar dengan membuat permohonan bertulis mengikut cara yang ditetapkan dan dengan membayar bayaran yang ditetapkan baginya.
Jika seseorang doktor veterinar berdaftar melanggar atau tidak mematuhi peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1) atau (2) ia adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Sesiapa yang menunjukkan, atau membenar ditunjukkan di mana-mana premis sesuatu perakuan pengamalan tahunan atau sesuatu salinan yang diperakui bagi manamana satu perakuan-perakuan itu yang mengandungi namanya pada bila-bila masa manakala namanya tidak terdapat dalam Daftar atau manakala ia tidak memegang sesuatu perakuan pengamalan tahunan yang sah, mengikut mana yang berkenaan, adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.