In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Akta Doktor Veterinar 1974 · As enacted · Bahagian III · Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar
22. Section 22
Feedback & support(1)
Pendaftar hendaklah, dari semasa ke semasa, memasukkan dalam Daftar—
(a)
apa-apa jua perubahan yang mungkin diketahui olehnya tentang nama atau alamat seseorang yang didaftarkan di bawah Akta ini;
(b)
apa-apa perubahan tentang kelulusan, kelulusan tambahan dan butir-butir lain yang dikehendaki diubah di bawah Akta ini.
(2)
Pendaftar hendaklah, dari semasa ke semasa memotong dari Daftar nama sesiapa jua yang dikehendaki dipotong di bawah Akta ini.