Skip to content
In forceAs enacted

Bahagian III · Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar

17. Section 17

Feedback & support
(1)

Seseorang doktor veterinar berdaftar yang ingin mengamalkan perubatan veterinar selepas tiga puluh satu haribulan Disember dalam sesuatu tahun, hendaklah tidak lewat daripada satu haribulan Disember dalam tahun itu, membuat suatu permohonan dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah membayar bayaran yang ditetapkan untuk mendapat suatu perakuan bagi mengamalkan perubatan veterinar dalam tahun yang berikutnya.

(2)

Setelah menerima permohonan dan bayaran itu, Majlis, jika berpuashati bahawa premis di mana dan keadaan dalam mana pemohon mengamalkan atau bercadang hendak mengamalkan perubatan veterinar adalah sesuai untuk pengamalan itu, hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya mengeluarkan suatu perakuan (bernama "perakuan pengamalan tahunan") membenarkan pemohon mengamalkan perubatan veterinar di premis itu dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.

(3)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, perakuan pengamalan tahunan itu hendaklah berkuatkuasa hingga tiga puluh satu haribulan Disember dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.

(4)

Seseorang doktor veterinar yang tidak memohon perakuan pengamalan tahunan mengikut cara dan dalam tempoh yang ditetapkan dalam seksyen-kecil (1), boleh, apabila membuat permohonan dalam borang dan dengan menjelaskan bayaran tambahan yang ditetapkan, diberi suatu perakuan pengamalan tahunan bagi tahun yang berikutnya, jika permohonan itu dibuat dalam bulan Disember dalam sesuatu tahun, atau bagi baki tahun itu, jika permohonan itu dibuat pada atau selepas satu haribulan Januari dalam sesuatu tahun.

(5)

Walau apapun peruntukan-peruntukan di atas dalam seksyen ini, jika seseorang doktor veterinar berdaftar memohon perakuan pengamalan tahunan bagi kali pertama selepas memperolehi pendaftaran, permohonan itu hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan boleh dibuat pada bila-bila masa dalam tahun itu, dan pemohon itu hendaklah, apabila menjelaskan bayaran yang ditetapkan, diberi perakuan pengamalan tahunan bagi baki tahun dalam mana permohonan itu dibuat.

(6)

Sesuatu perakuan pengamalan tahunan dan sesuatu permohonan untuk perakuan itu hendaklah menyatakan alamat tempat utama amalan dan semua tempat amalan yang lain bagi pemohon, dan apa-apa jua pertukaran tentang alamat itu hendaklah diberitahu oleh pengamal kepada Pendaftar dan suatu catitan mengenai pertukaran itu dalam perakuan pengamalan tahunan hendaklah diperolehi daripada Pendaftar dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaran itu.

(7)

Jika Majlis berpendapat dengan puashati bahawa seseorang doktor veterinar berdaftar adalah menjalankan amalan perubatan veterinar di sesuatu premis atau dalam sesuatu keadaan yang disifatkan oleh Majlis sebagai tidak sesuai untuk amalan itu, Majlis boleh mengarahkan supaya perakuan pengamalan tahunan pengamal itu dibatalkan,

DOKTOR VETERINAR dan dengan itu, perakuan itu hendaklah terhenti daripada berkuatkuasa dan tiada apa-apa perakuan pengamalan tahunan selanjutnya boleh dikeluarkan kepada pengamal itu selepas daripada itu samada bagi baki tahun itu atau bagi mana-mana tahun lain kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen-kecil (8).

(8)

Jika seseorang doktor veterinar telah dibatalkan perakuan pengamalan tahunannya di bawah seksyen-kecil (7) dan ianya membuat permohonan mengikut cara yang ditetapkan dan menjelaskan bayaran yang ditetapkan, Majlis boleh, selepas menimbangkan keadaan hal perkara itu, mengarahkan supaya suatu pcrakuan pengamalan tahunan dikeluarkan kepada doktor veterinar itu.

(9)

Seseorang doktor veterinar berdaftar yang menjalankan amalan perubatan veterinar dan yang—

(a)

tiada mempunyai perakuan pengamalan tahunan yang berkuatkuasa bagi dirinya; atau

(b)

berkongsi dengan seseorang doktor veterinar berdaftar yang tiada mempunyai perakuan itu; atau

(c)

ada bekerja dengannya seorang doktor veterinar berdaftar yang tiada mempunyai perakuan itu; atau

(d)

diambil bekerja untuk menjalankan urusan seorang doktor veterinar bagi pihak seseorang yang tiada mempunyai perakuan itu, adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini dan ia tidaklah berhak menuntut apa-apa bayaran, upah, gantibayaran atau kos yang dilakukan dalam masa ianya atau mana-mana orang lain sebagaimana tersebut di atas tiada mempunyai perakuan pengamalan tahunan.

Report

Bahagian IV

Tindakan Tatatertib

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan

Bahagian VII

Peruntukan-Peruntukan Tambahan bagi Maksud-Maksud Negara

Schedules