Akta Doktor Veterinar 1974 · As enacted · Bahagian III · Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar
21. Section 21
Feedback & supportJika Pendaftar berpuashati bahawa seseorang doktor veterinar yang didaftarkan di bawah Akta ini adalah dimasukkan atau ditahan dalam sesuatu hospital sakit otak di bawah peruntukan mana-mana undangundang maka doktor veterinar itu hendaklah dengan itu disifatkan sebagai telah tidak lagi didaftarkan sedemikian, dan suatu catitan hendaklah dibuat dengan sewajarnya bersetentangan dengan namanya dalam Daftar.
Seseorang doktor veterinar yang tidak lagi didaftarkan di bawah Akta ini menurut seksyen-kecil (1) tidak boleh didaftarkan lagi melainkan jika ia memuaskan hati Majlis bahawa keadaan otaknya membenarkan ia didaftarkan lagi.