Akta Doktor Veterinar 1974 · As enacted · Bahagian III · Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar
23. Section 23
Feedback & supportTiap-tiap doktor veterinar yang didaftarkan dan yang memegang perakuan pengamalan tahunan yang sah adalah berhak, mengikut kelulusannya, menjalankan amalan perubatan veterinar mengikut peruntukan-peruntukan Aktiini dan menuntut dalam perjalanan biasa undang-undang bayaran-bayaran yang berpatutan kerana bantuan, nasihat, lawatan, pembedahan atau layanan profesycnal dan nilai apa-apa alat yang diberi atau dibuat atau dibckalkan olehnya kepada pcsakit-pesakitnya.
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 13, tiada seseorang berhak menuntut dalam mana-mana mahkamah apa-apa bayaran yang tersebut dalam seksyenkecil (1) melainkan jika pada tarikh bayaran itu terakru ia adalah seorang doktor veterinar berdaftar dan mempunyai perakuan pengamalan tahunan yang berkuatkuasa.