PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
/akn/my/act/act/1959/213
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959 is Malaysia Act, cited as Act 213 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan pemakaian
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah Pengerusi dan Naib Pengerusi;
“jawatankuasa tatatertib” ertinya jawatankuasa tatatertib Lembaga yang disebut dalam subseksyen 18A(2);
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 16;
Undang-Undang Malaysia 6
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Dewan Bahasa dan
Pustaka yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;
“Lembaga Pengelola” atau “Lembaga” ertinya Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab bagi pendidikan;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga dan termasuklah Naib
Pengerusi;
“tahun kewangan” ertinya suatu tempoh selama dua belas bulan yang berakhir pada 31 Disember.
Bahagian II
Penubuhan Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
Lembaga hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun dengan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Pertubuhan Lembaga
Ketua Pengarah Pendidikan atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya;
tidak lebih daripada 10 orang yang dilantik oleh Menteri, yang pada pendapatnya mempunyai pengetahuan luas atau telah memperoleh banyak pengalaman dalam apa-apa lapangan aktiviti yang boleh menjadi berfaedah kepada
Lembaga.
Dewan Bahasa dan Pustaka 7
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga menjadi
Naib Pengerusi Lembaga.
Lembaga boleh melantik seorang Setiausaha di bawah seksyen 16 yang mana tidak boleh menjadi seorang anggota Lembaga.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap anggota hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dari tarikh pelantikannya dan layak dilantik semula.
Mana-mana anggota yang—
tanpa sebab yang munasabah tidak hadir tiga kali berturut-turut mesyuarat Lembaga dan mesyuarat mana-mana jawatankuasanya yang dianggotainya;
telah dijatuhi hukuman pemenjaraan, hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatan.
Pelantik yang berkenaan boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota jika difikirkannya suai munafaat untuk berbuat demikian tanpa memberikan apa-apa sebab.
Pelantik yang berkenaan boleh pada bila-bila masa menerima peletakan jawatan mana-mana anggota.
Jika apa-apa kekosongan berlaku disebabkan kematian, ketidakhadiran, ketidaksiuman, kebankrapan, peletakan jawatan atau selainnya, pelantik yang berkenaan boleh melantik seorang untuk mengisi kekosongan itu bagi tempoh jawatan yang belum tamat bagi anggota yang mengenainya kekosongan itu telah berlaku.
Pelantik itu boleh melantik mana-mana orang yang sesuai untuk bertindak sebagai seorang anggota Lembaga dalam masa mana-mana anggota sakit, tidak upaya atau berada di luar Malaysia berterusan.
Undang-Undang Malaysia 8
Tujuan
untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;
untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam pencetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa lain;
untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;
untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul;
untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Bagi maksud perenggan (1)(v) dan (vi), “untuk menggalakkan”
termasuklah memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan.
Tugas Lembaga
(Dipotong oleh Akta A930).
Lembaga menjadi pihak berkuasa penyelaras yang tunggal
Lembaga hendaklah menjadi pihak berkuasa penyelaras yang tunggal berkenaan dengan membentuk, mencipta dan membakukan istilah dalam bahasa kebangsaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka 9
Perwakilan
Sesuatu perwakilan di bawah subseksyen (1)—
tidaklah boleh menghalang Lembaga daripada melaksanakan tugasnya atau menjalankan kuasanya yang diwakilkan itu jika ternyata suai manfaat untuk berbuat demikian.
Kuasa am Lembaga untuk membuat kontrak, dsb.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa—
untuk menjalankan apa-apa aktiviti perdagangan, perindustrian, penyelidikan atau latihan atau apa-apa aktiviti lain yang penjalanannya ternyata kepadanya diperlukan, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan perlaksanaan tugasnya atau penjalanan kuasanya;
Undang-Undang Malaysia 10
untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi perkhidmatan yang diminta dijalankan, diberikan atau dilaksanakan oleh Lembaga;
untuk menerima sebagai balasan bagi perkhidmatan yang dijalankan, diberikan atau dilaksanakan olehnya apa-apa komisen atau pembayaran sebagaimana yang dipersetujui;
dan
untuk melaksanakan semua tugas dan menjalankan semua kuasa yang, adalah atau mungkin, atau boleh menjadi, diletakhakkan pada atau diwakilkan kepada Lembaga di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Bagi maksud seksyen ini—
“perolehan”, berhubungan dengan harta, termasuklah pembelian, pengambilan pajakan dan penyewagunaan harta itu; dan
“pelupusan”, berhubungan dengan harta, termasuklah pemindahhakan, penjualan, penyerahhakan, penyerahan dan pemulangan, penggadaian, penggadaijanjian, pendemisan, penyewaan dan penyewaan kecil, penyerahhakan semula dan pemindahmilikan harta itu.
Kuasa Lembaga memindahkan atau melupuskan aktiviti atau tugas
Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawalselia aktiviti orang atau badan itu dan menetapkan kadar dan caj yang boleh ditetapkan oleh orang atau badan itu berkenaan dengan aktiviti atau tugas orang atau badan itu di bawah subseksyen (1).
Meterai perbadanan
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga di bawah seksyen ini, suatu cap mengandungi perkataan-perkataan “Lembaga
Pengelola: Dewan Bahasa dan Pustaka” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang memerlukan meterai Lembaga hendaklah dimeteraikan dengan meterai Lembaga di hadapan Pengerusi atau Naib Pengerusi dan di hadapan seorang anggota atau seorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi maksud itu, yang mana hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang telah dimeteraikan itu dan tandatangan itu menjadi keterangan yang memadai bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sewajarnya dan bahawa meterai itu ialah, atau digunakan sebagai, meterai Lembaga yang sah.
Meterai Lembaga itu hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Kuorum
Dewan Bahasa dan Pustaka 11
Jika sekiranya undi atas apa-apa soal didapati sama banyak,
Pengerusi berhak memberi suatu undi pemutus selain daripada undi asalnya.
Lembaga boleh mengundang sesiapa jua, sama ada seorang atau lebih daripada seorang, menghadiri mana-mana satu mesyuarat
Lembaga bagi maksud membantu atau menasihatkan Lembaga, tetapi orang-orang yang diundang itu tidak berhak mengundi.
Tatacara Lembaga
Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam suku tahun yang pertama dan ketiga tiap-tiap tahun bagi maksud menimbangkan, selain daripada apa-apa urusan lain yang mengenainya notis hendaklah diberi dengan sewajarnya, suatu laporan berkenaan dengan kerja Lembaga dalam masa separuh tahun yang berakhir pada tiga puluh satu haribulan Disember dan tiga puluh haribulan Jun, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum sahaja suku tahun itu.
Pelantikan dan tatacara jawatankuasa
Undang-Undang Malaysia 12
Tertakluk kepada Akta ini, dan kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga, sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Sesuatu jawatankuasa boleh, selepas berunding dengan
Lembaga, mengundang seorang atau lebih untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tertentu jawatankuasa itu bagi maksud membantu atau menasihati jawatankuasa itu, tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak untuk mengundi.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menepati apa-apa arahan yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga dan Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah pertubuhan jawatankuasa yang dilantik sedemikian.
Pelantikan dan tatacara jawatankuasa kecil
Tertakluk kepada Akta ini, dan kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh jawatankuasa, sesuatu jawatankuasa kecil boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Dewan Bahasa dan Pustaka 13
Sesuatu jawatankuasa kecil boleh, selepas berunding dengan jawatankuasa dan dengan kelulusan Lembaga, mengundang seorang atau lebih untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tertentu jawatankuasa kecil itu bagi maksud membantu atau menasihati jawatankuasa kecil itu, tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak mengundi.
Sesuatu jawatankuasa kecil hendaklah menepati apa-apa arahan yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa dan jawatankuasa itu boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah pertubuhan jawatankuasa kecil yang dilantik sedemikian.
Saraan atau elaun
Jika seseorang yang bukan anggota , pegawai atau pekhidmat
Lembaga diundang untuk menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga, mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil bagi maksud memberi bantuan atau nasihat di bawah subseksyen 9(3), 11(1)
atau 11A(1) Lembaga boleh melalui resolusi menetapkan saraan atau elaun bagi orang itu, dan wang itu hendaklah dibayar daripada
Kumpulan Wang.
Perbelanjaan yang boleh dibayar kepada anggota Lembaga
Maka bolehlah dibayar kepada tiap-tiap seorang ahli Lembaga daripada Kumpulan Wang apa-apa perbelanjaan perjalanan, penginapan atau apa-apa lain perbelanjaan sendiri yang dilakukan oleh anggota itu atas urusan Lembaga mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa tertakluk kepada apa-apa had dan syarat yang ditetapkan oleh Menteri.
Penzahiran oleh anggota Lembaga akan kepentingannya dalam transaksi dengan Lembaga dan hilang kelayakan anggota itu untuk mengundi
dalam sesuatu kontrak yang dibuat dengan, atau kerja yang dibuat untuk, Lembaga; atau
Undang-Undang Malaysia 14
dalam mana-mana syarikat atau firma dengan mana, atau dengan mana-mana orang dengannya, atau berkenaan dengan apa–apa pengusahaan dengan mana, Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak; atau
apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yang dicadang hendak diperoleh, dibeli, dipajak atau, secara lain, diuruskan oleh Lembaga atau yang ia ketahui akan terlibat, atau mungkin terlibat dengan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang diluluskan atau dicadang untuk diluluskan oleh Lembaga, hendaklah mengisytiharkan jenis sebenar dan takat syer atau kepentingannya kepada Lembaga.
Perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang anggota oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam mesyuarat Lembaga yang apa-apa soal berhubung dengan kontrak, pemerolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau skim itu pertama kali ditimbangkan, atau, jika anggota itu tidak mempunyai pada tarikh mesyuarat tersebut apa-apa syer atau kepentingan itu, dalam mesyuarat tersebut yang berikutnya yang diadakan selepas dia memperoleh syer atau kepentingan itu, dan dalam hal jika anggota itu memperoleh sesuatu syer atau kepentingan itu dalam apa-apa kontrak dengan Lembaga selepas kontrak itu dibuat, perisytiharan tersebut hendaklah dibuat dalam mesyuarat tersebut yang pertama diadakan selepas anggota itu memperoleh syer atau kepentingan itu.
Bagi maksud seksyen ini, suatu notis am yang diberikan kepada anggota lain oleh seorang anggota yang bermaksud bahawa dia ialah ahli bagi mana-mana syarikat atau firma tertentu dan hendaklah dianggap sebagai mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak yang boleh, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma tersebut, hendaklah disifatkan sebagai suatu perisytiharan kepentingan yang memadai berhubung dengan sesuatu kontrak yang dibuat sedemikian:
Dengan syarat bahawa notis itu tidak mempunyai apa-apa kesan melainkan sama ada notis itu diberikan dalam suatu mesyuarat
Lembaga atau anggota yang berkenaan itu mengambil langkah yang munasabah untuk mempastikan notis itu dikemukakan dan dibaca dalam mesyuarat Lembaga yang berikutnya selepas ia diberikan.
Dewan Bahasa dan Pustaka 15
Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang ia telah dibuat atau dibaca.
Seseorang anggota tidak boleh mengundi di atas apa-apa resolusi atau soal berhubung dengan apa-apa kontrak, pemerolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau skim yang dalamnya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak ia telah mengisytiharkannya, dan juga ia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian (kecuali dengan undangan
Lembaga) atau keputusan berhubung dengannya atau berhubung dengan apa-apa hal yang bersampingan dengannya, dan jika ia berbuat demikian maka undinya tidak boleh dikira, dan juga ia tidak boleh dikira dalam kuorum yang hadir di mesyuarat itu.
Peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai, dengan apa-apa penyesuaian dan ubah suaian yang perlu untuk membolehkannya terpakai dan berkuat kuasa, bagi anggota sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang dilantik oleh Lembaga berkenaan dengan apa-apa kontrak atau apa-apa pemerolehan, pembelian, pajakan atau urusan mengenai tanah atau apa-apa projek atau skim yang ada kena mengena dengan jawatankuasa atau jawatankuasa kecil itu dengan cara sama seperti ia terpakai bagi seseorang anggota mengenai hal-hal seperti itu berhubung dengan Lembaga.
Kuasa Menteri berhubung dengan Lembaga
Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa penyata, akaun dan lain-lain maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti
Lembaga sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Menteri boleh, menurut budi bicaranya, pada bila-bila masa melantik suatu jawatankuasa siasat untuk menyiasat hal ehwal
Lembaga dan jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan laporannya kepada Menteri.
Undang-Undang Malaysia 16
Pelupusan aset modal
Kuasa yang diberikan kepada Menteri oleh seksyen 14 untuk memberikan arahan kepada Lembaga hendaklah termasuk memberi arahan—
mengenai penggunaan hasil daripada pelupusan itu walapun arahan itu berkenaan dengan perkara tertentu:
Dengan syarat bahawa selagi apa-apa wang yang dipinjam oleh
Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan, arahan itu tidak boleh diberikan kecuali dengan persetujuan Menteri
Kewangan.
Bahagian III
Pentadbiran
Pelantikan pegawai dan pekhidmat
Lembaga boleh—
dengan kelulusan Menteri melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga dan Menteri, seorang pegawai eksekutif yang akan disebut Ketua
Pengarah; dan
melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut, pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi maksud
Akta ini.
Tugas Ketua Pengarah
Ketua Pengarah hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan Lembaga, bertanggungjawab bagi—
pelaksanaan semua program, skim, projek dan aktiviti
Lembaga;
Dewan Bahasa dan Pustaka 17
pemberian maklumat yang sepenuhnya kepada Lembaga tentang kemajuan program, skim, projek dan aktiviti
Lembaga;
pengeluaran panduan dasar atau penerangan keputusan
Lembaga kepada pegawai dan pengkhidmat Lembaga;
pengawasan dan pengawalan ke atas pelaksanaan keputusan
Lembaga.
Kawalan bagi pegawai dan pekhidmat
Pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah di bawah kawalan pentadbiran Ketua Pengarah dan, tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 27, kuasa bagi melantik, menaikkan pangkat, mengurangkan atau memberi cuti kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah dijalankan oleh Lembaga selepas berunding dengan Ketua Pengarah.
Kuasa mengambil bekerja ejen
Lembaga boleh mengambil bekerja dan membayar ejen dan penasihat teknik, sama ada peguam bela dan peguam cara, banker, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan kuasa dan tugas Lembaga atau bagi melaksanakan dengan cara yang lebih baik maksud Akta ini, dan boleh membayar daripada
Kumpulan Wang segala caj dan perbelanjaan yang dilakukan sedemikian.
Tatatertib
Jawatankuasa tatatertib
Bagi maksud seksyen ini—
suatu jawatankuasa tatatertib Lembaga hendaklah ditubuhkan berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiri daripada—
Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa; dan
Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga yang berlainan.
Yang berikut hendaklah terpakai kepada mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b):
jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Lembaga atau pegawai Lembaga atau apa-apa gabungan anggota dan pegawai itu; dan
seseorang pegawai yang menjadi ahli jawatankuasa tatatertib tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atas pegawai atau pekhidmat itu jawatankuasa yang dia menjadi ahli mempunyai kuasa tatatertib.
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b)
hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, jawatankuasa tatatertib yang disebut di bawah subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 18B.
Sesuatu keputusan—
; dan
Dewan Bahasa dan Pustaka 19
mana-mana jawatankuasa tatatertib yang disebut di bawah perenggan (2)(b), boleh dirayu masing-masingnya kepada—
Menteri; atau
Lembaga, dan Menteri atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan itu.
Apabila Lembaga menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (6), seseorang ahli jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir atau dalam apa-apa cara turut serta dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.
Keputusan Menteri atau Lembaga di bawah subseksyen (6)
adalah muktamad dan konklusif.
Kuasa untuk membuat peraturan tatatertib
Undang-Undang Malaysia 18
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—
boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman-hukuman yang diperuntukkan itu boleh meliputi pelucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunan pangkat dan pembuangan kerja;
hendaklah memberikan kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadap tuduhan tatatertib yang dibuat
Undang-Undang Malaysia 20
terhadapnya sebelum suatu keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib itu kecuali dalam hal-hal yang berikut:
jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;
jika
Lembaga, atas syor
Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati baawa demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau
jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga itu apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat Lembaga itu apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita atau gadis;
boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat
Lembaga sementara menanti suatu prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya;
dan
boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat
Lembaga jika pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan ke atas pegawai atau pekhidmat itu.
Bagi maksud subseksyen (2), “pegawai” termasuklah Ketua
Pengarah.
Dewan Bahasa dan Pustaka 21
Kewangan
Penubuhan Kumpulan Wang
Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan sebagai pemberian dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
apa-apa jumlah wang yang dari semasa ke semasa dipinjamkan kepada Lembaga oleh Kerajaan Malaysia;
wang yang didapati melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang itu;
segala jumlah wang atau harta yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar atau diletakhakkan pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan tugasnya;
Caj atas apa-apa amaun yang diuntukkan kepada Lembaga daripada wang pinjaman hendaklah dibayar oleh Lembaga.
Tugas Lembaga memelihara Kumpulan Wang
Adalah menjadi tugas Lembaga memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan dan menyempurnakan fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini dengan cara supaya jumlah hasil Lembaga cukup untuk membayar semua wang yang dipertanggungkan dengan sewajarnya pada akaun hasilnya termasuk, tanpa menyentuh keluasan ungkapan tersebut, peruntukan berkenaan dengan tanggungannya di bawah subseksyen 19(3), susut nilai dan bunga atas modal dari setahun ke setahun.
Undang-Undang Malaysia 22
Kumpulan Wang hendaklah disimpan dalam bank
Malaysia yang memegang suatu lesen yang sah di bawah peruntukan
*Akta Bank 1958 [Akta 102], atau dilaburkan dalam sekuriti Kerajaan
Malaysia atau lain-lain sekuriti yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri Kewangan.
Perbelanjaan yang hendak dibayar daripada Kumpulan Wang
Selain daripada peruntukan seksyen 11B, 12, 18 dan subseksyen 19(3), Lembaga boleh menggunakan Kumpulan Wang—
bagi membayar apa-apa perbelanjaan yang sah dilakukan olehnya dan saraan mana-mana pegawai atau pekhidmat yang diambil bekerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
bagi membayar apa-apa perbelanjaan atau kos lain yang dilakukan atau disetujui dengan sewajarnya akan dibayar oleh Lembaga dalam menjalankan kuasa yang diberikan kepada Lembaga oleh Akta ini;
bagi memberikan pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat
Lembaga bagi maksud memperoleh alat kenderaan untuk kegunaan mereka sendiri;
bagi memberi pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat
Lembaga bagi maksud memperoleh, membina atau membeli rumah untuk tempat tinggal mereka atau tempat tinggal keluarga mereka atau bagi maksu memperbaiki rumah mereka; dan dalam tiap-tiap satu hal di mana Lembaga memberi pinjaman kepada pegawai dan pekhidmatnya di bawah perenggan ini, rumah itu termasuk tanah di mana rumah itu didirikan hendaklah digadai janji kepada Lembaga sebagai sekuriti bagi pinjaman itu;
bagi memberikan pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat
Lembaga bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh
Lembaga.
*CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989
[Akta 372]–lihat subseksyen 128(1) Akta 372.
Dewan Bahasa dan Pustaka 23
Anggaran Tahunan
Suatu salinan anggaran itu hendaklah dihantar kepada tiap-tiap seorang anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat dihadapannya anggaran itu akan dibentangkan.
Lembaga hendaklah menimbangkan anggaran yang dikemukakan sedemikian dan hendaklah membenarkan anggaran itu sama ada tanpa berubah atau tertakluk kepada apa-apa perubahan yang difikirkannya patut.
Anggaran itu sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga hendaklah dikemukakan kepada Menteri, dan Menteri boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh satu bulan selepas menerima anggaran itu, enggan membenarkan anggaran itu, atau mana-mana bahagiannya, dan mengembalikannya untuk dipinda.
Lembaga hendaklah, jika anggaran itu dikembalikan sedemikian oleh Menteri, meminda anggaran itu dengan segera, dan hendaklah mengemukakan semula anggaran yang dipinda sedemikian kepada Menteri.
Lembaga boleh, pada bila-bila masa dalam tahun yang baginya anggaran itu telah dibenarkan, menyebabkan suatu anggaran tambahan disediakan dan dikemukakan kepadanya.
Tiap-tiap anggaran tambahan itu hendaklah ditimbangkan dan dibenarkan oleh Lembaga, dan dikemukakan kepada Menteri, dan, jika perlu, dipinda dan dikemukakan semula seolah-olah ia anggaran asal.
Lembaga tidak boleh melakukan perbelanjaan melainkan dengan mengikut anggaran atau anggaran tambahan yang telah diluluskan oleh Menteri.
Undang-Undang Malaysia 24
Akaun dan audit
Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua
Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
Selepas berakhir setiap satu tahun kewangan, sebaik sahaja akaun Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan satu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri, bersama dengan satu salinan apa-apa ulasan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai apa-apa pernyataan atau mengenai akaun Lembaga.
Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan tiap-tiap penyata dan ulasan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat.
Pengenaan surcaj
telah gagal memungut apa-apa wang yang terhutang kepada
Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;
adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada
Kumpulan Wang atau atas apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tidak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Lembaga;
sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
Dewan Bahasa dan Pustaka 25
telah gagal membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelewatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga.
Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcajkan, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan.
Jika suatu penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis yang tersebut dahulu disampaikan, Lembaga boleh—
dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun yang tidak dipungut, atau pembayaran yang tidak sepatutnya yang dibuat, atau kekurangan pada atau kerugian, atau pemusnahan harta itu;
dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang yang difikirkan patut oleh Lembaga terhadap orang itu.
Pemberitahuan surcaj
Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcajkan itu berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen 24A(3).
Penarikan balik surcaj
Walau apa pun subseksyen 24A(3) dan seksyen 24B, Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya suatu penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan segera memberitahu orang itu tentang penarikan balik itu.
Undang-Undang Malaysia 26
Mendapatkan surcaj
Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen 24A(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 24C hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman
Lembaga dan boleh juga jika diarahkan oleh Lembaga didapatkan melalui pemotongan—
pencen orang yang disurcajkan, dengan bayaran ansuran yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji bulanan atau pencen, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.
Bahagian IV
Laporan Tahunan
Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan tiap-tiap laporan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat.
Pekhidmat awam
Pada melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa mereka, semua anggota, Ketua Pengarah, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan [Akta 574].
Dewan Bahasa dan Pustaka 27
Perlindungan Pihak Berkuasa Awam
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau pembicaraan terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau kemungkiran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya sedemikian.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, berkenaan dengan perkara yang berikut:
menetapkan cara bagaimana dokumen, cek dan surat cara dari apa-apa jenis akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga atau mana-mana perbadanan;
menetapkan hal keadaan dalam mana anggota Lembaga dan pegawai dan pekhidmat Lembaga boleh menerima elaun perjalanan dan elaun hidup dan menetapkan kadar elaun itu;
amnya bagi menjalankan kuasa dan tugasnya di bawah peruntukan Akta ini.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan—
bagi menubuh dan menguruskan skim pencen, ganjaran, persaraan atau kumpulan wang simpanan itu; dan
bagi memindahkan ke dalam kumpulan wang atau skim tersebut caruman atau bahagian daripada caruman itu yang telah dibayar ke dalam mana-mana kumpulan wang simpanan atau kumpulan wang lain sebelum kumpulan wang simpanan di bawah seksyen ini ditubuhkan.
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini:
tiada derma, caruman, ganjaran, elaun atau bayaran lain yang kena dibayar di bawah kaedah-kaedah itu, dan juga tiada apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh oleh mana-mana orang terhadap apa-apa ganjaran, elaun atau lain-lain bayaran di bawahnya, boleh diserah hak atau dipindah milik atau ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau mengenai apa-apa jua hutang atau tuntutan, kecuali hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan;
apa-apa wang yang dibayar di bawah mana-mana kaedah itu apabila seseorang mati hendaklah disifatkan teramanah untuk orang yang berhak kepadanya mengikut wasiat simati itu atau apabila simati mati tanpa wasiat, tetapi tidak boleh disifatkan menjadi sebahagian daripada harta pesakanya atau sebagai tertakluk kepada hutangnya;
mana-mana orang boleh, dengan wasiatnya atau dengan suatu memorandum yang ditandatanganinya, melantik seorang atau beberapa orang pemegang amanah bagi wang yang kena dibayar di bawah mana-mana kaedah itu apabila ia mati, dan boleh mengadakan peruntukan bagi pelantikan seorang atau beberapa orang pemegang amanah baru bagi wang itu dan bagi pelaburan wang itu;
jika pada masa kematian seseorang atau pada bila-bila masa kemudiannya tiada seorang pemegang amanah bagi wang itu atau adalah suaimanfaat dilantik seorang atau beberapa orang pemegang amanah baru, maka dalam mana-mana hal itu seorang atau beberapa orang pemegang amanah atau seorang atau beberapa orang pemegang amanah baru boleh dilantik oleh Mahkamah Tinggi atau seorang Hakim
Mahkamah Tinggi;
Dewan Bahasa dan Pustaka 29
resit dari seorang atau beberapa orang pemegang amanah yang dilantik dengan sewajarnya atau, jika tiada pemegang amanah dilantik, resit dari wakil diri di sisi undang-undang bagi orang yang mati, hendaklah menjadi suatu penjelasan bagi apa-apa wang yang kena dibayar di bawah mana-mana kaedah itu apabila orang itu mati;
tiada derma, caruman atau bunga yang dibayar di bawah mana-mana kaedah itu boleh tertakluk kepada hutang pencarum, dan juga derma, caruman atau bunga itu tidak boleh dibayar kepada Pegawai Pemegang Harta atas kebankrapan seseorang pencarum di bawah mana-mana kaedah itu, tetapi jika pencarum itu dihukum menjadi bankrap atau ditetapkan sebagai tak berkemampuan menjelaskan tanggungannya menurut hukuman mahkamah, maka derma, caruman atau bunga itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan kaedah-kaedah itu, disifatkan sebagai teramanah untuk orang-orang yang berhak kepadanya apabila pencarum itu mati;
kebankrapan seseorang pencarum tidaklah menghalang potongan dibuat daripada gaji pencarum mengikut kaedah-kaedah itu, tetapi potongan-potongan itu hendaklah terus dibuat walau apapun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dan bahagian gaji yang dipotong sedemikian hendaklah disifatkan tidak menjadi sebahagian daripada hartanya yang diperoleh selepas kebankrapannya;
mana-mana orang yang merupakan seseorang pencarum di bawah mana-mana kaedah itu hendaklah, jika ia dibuang kerja dari perkhidmatan kerana fraud, kecurangan atau salah laku yang melibatkan kerugian wang kepada
Lembaga, atau bersara atau meletakkan jawatan dengan niat hendak mengelakkan daripada diberhenti atau dibuang kerja akibat fraud, kecurangan atau salah laku itu, melucut hak, tertakluk kepada apa-apa syarat yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah itu, semua atau mana-mana bahagian caruman yang dibayar oleh Lembaga dan bunga yang terakru atasnya mengikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga; rayuan terhadap apa-apa lucut hak itu terletak pada Menteri.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 213
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta 53/1966
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 28-07-1966
(Pindaan) 1966
Akta A47
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 30-04-1971
(Pindaan) 1971
Akta A79
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 17-09-1971
(Pindaan) (No. 2) 1971
Akta A930
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 11-01-1996
(Pindaan dan Peluasan) 1995
P.U. (A) 71/2003
Perintah Penyemakan Undang-
07-03-2003
Undang (Pembetulan Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka 1959)
2003
Dewan Bahasa dan Pustaka 31
Akta 213
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 1
Akta A930 11-01-1996 2
Akta A79 17-09-1971
Akta A930 11-01-1996 3
Akta A930 11-01-1996 4
Akta A79 17-09-1971
Akta A930 11-01-1996 5
Akta A79 17-09-1971
Akta A930 11-01-1996 6
Akta A930 11-01-1996 6A
Akta A930 11-01-1996 6B
Akta A930 11-01-1996 7
Akta A930 11-01-1996 7A
Akta A930 11-01-1996 11
Akta A930 11-01-1996 11A
Akta A930 11-01-1996 11B
Akta A930 11-01-1996
Tajuk Bahagian III
Akta A930 11-01-1996 16A
Akta A930 11-01-1996 17
Akta A930 11-01-1996 18A
Akta A930 11-01-1996 18B
Akta A930 11-01-1996
Undang-Undang Malaysia 32
AKTA 213 22
Akta A930 11-01-1996 24A
Akta A930 11-01-1996 24B
AktaA930 11-01-1996 24C
Akta A930 11-01-1996 24D
Akta A930 11-01-1996 25A
Akta A930 11-01-1996 27
Akta A930 11-01-1996
Keseluruhan Akta
Akta A47 30-04-1971
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari