Skip to content

Seksyen 73

Sekatan ke atas penubuhan masjid

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 75 of 105
Seksyen 73
(1)

Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada

Majlis, mendirikan apa-apa bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid, atau selainnya menggunakan mana-mana bangunan bagi maksud sesuatu masjid, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana bangunan untuk digunakan sebagai masjid.

(2)

Majlis tidak boleh memberikan kebenarannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika tapak bangunan bagi masjid yang dicadangkan itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan.