Skip to content
In forceUpdated to 21 Jun 2022Read it in English

Bahagian VII · Masjid

76. Pelantikan Pegawai Masjid

Feedback & support
(1)

Bagi tiap-tiap masjid dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah dilantik seorang Naqib Masjid, seorang Imam, seorang

Imam Ratib, seorang Bilal dan seorang Pembantu Bilal.

(2)

Jawatan Naqib Masjid, Imam dan Bilal hendaklah menjadi jawatan dalam perkhidmatan awam am Persekutuan.

(3)

Naqib Masjid, Imam dan Bilal hendaklah dilantik oleh Majlis dalam kalangan orang yang berkhidmat dalam perkhidmatan

Pentadbiran Agama.

(4)

Imam Ratib dan Pembantu Bilal hendaklah dilantik oleh Majlis, atas nasihat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, dalam kalangan anak kariah.

(5)

Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini, telah menjadi Imam dan Bilal suatu masjid yang dilantik di bawah

Enakmen, hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Imam atau Bilal masjid itu masing-masingnya dan hendaklah, tertakluk pada seksyen 78, terus memegang jawatan sebagai yang demikian.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 505

Report

Bahagian VIII

Pungutan Khairat

Bahagian IX

Masuk Islam

Bahagian X

Pendidikan Agama

Bahagian XI

Schedules