Skip to content
In forceUpdated to 21 Jun 2022Read it in English

Bahagian VII · Masjid

74. Penyenggaraan masjid dan kawasannya

Feedback & support
(1)

Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid dalam

Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah disenggarakan dalam keadaan pembaikan yang sepatutnya dan bahawa kawasannya disenggarakan dalam keadaan kebersihan yang sepatutnya; dan Majlis boleh memperdapatkan dan menggunakan, atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan, wang khas bagi maksud pembaikan dan penyenggaraan itu, atau bolehlah membayar kos pembaikan dan penyenggaraan itu daripada Kumpulan Wang.

(2)

Naqib Masjid atau Imam hendaklah dengan segera memberitahu

Majlis tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan dalam masjidnya, dan hendaklah memeriksa atau mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai ejen untuk dan bagi pihak Majlis.

Pentadbiran Undang-Undang Islam 51

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(3)

Tiada perubahan material kepada struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(4)

Majlis boleh mengarahkan sesuatu jawatankuasa kariah supaya menyenggarakan masjid yang di bawah tanggungjawab di dalam keadaan pembaikan yang sepatutnya.

Report

Bahagian VIII

Pungutan Khairat

Bahagian IX

Masuk Islam

Bahagian X

Pendidikan Agama

Bahagian XI

Schedules