Seksyen 77
Tauliah
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
ActIn forceProvision 79 of 105
Seksyen 77
(1)
Tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis menjadi Pegawai
Masjid, termasuk tiap-tiap orang yang disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen 76(5), hendaklah diberi tauliah oleh Majlis.
(2)
Tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah mempunyai kuasa dan tugas yang dinyatakan dalam tauliah mereka masing-masing.