Skip to content

Seksyen 81

Jawatankuasa Kariah

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 83 of 105
Seksyen 81
(1)

Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedah bagi—

(a)

penubuhan sesuatu jawatankuasa kariah;

(b)

menetapkan cara bagaimana anggota jawatankuasa kariah itu hendaklah dilantik; dan

(c)

menetapkan fungsi jawatankuasa kariah.

(2)

Jawatankuasa kariah, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah—

(a)

bertanggungjawab bagi pengelolaan yang sepatutnya dan keadaan baik bagi masjid dan semua tanah perkuburan Islam dalam kariahnya;

(b)

bertanggungjawab bagi kelakuan baik anak kariah dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan

(c)

memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah itu yang menghendaki perhatian Majlis.