Seksyen 78
Tempoh jawatan Pegawai Masjid
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
ActIn forceProvision 80 of 105
Seksyen 78
(1)
Pelantikan seseorang Pegawai Masjid boleh ditamatkan dengan notis daripada Majlis.
(2)
Tiada seorang pun Imam Ratib dan Pembantu Bilal boleh terus memegang jawatan itu selepas mencapai umur enam puluh tahun.
(3)
Ia hendaklah menjadi kewajipan Setiausaha untuk membawa kepada pengetahuan Majlis apa-apa kelakuan keji mana-mana
Pegawai Masjid, sama ada berhubung dengan tugasnya sebagai yang demikian atau selainnya, dan untuk membuat apa-apa syor yang munasabah.
Kawalan dan arahan ke atas Pegawai Masjid