Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Sistem Bekalan Air, Perkhidmatan Bekalan Air, Sistem Pembetungan dan Perkhidmatan Pembetungan
47. Pemaju hendaklah menyerahkan sistem bekalan air atau sistem pembetungan pembangunan baru kepada pemegang lesen perkhidmatan
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2) dan (5), pemaju suatu pembangunan baru yang berada di dalam kawasan pengagihan bekalan air atau kawasan perkhidmatan pembetungan pemegang lesen perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, setelah perakuan pematuhan sistem bekalan air atau sistem pembetungan itu atau sebahagian daripada sistem itu dikeluarkan oleh orang yang berkelayakan, menyerahkan sistem bekalan air atau sistem pembetungan itu atau sebahagian daripada sistem itu yang berada di dalam pembangunan itu kepada pemegang lesen pengagihan air atau pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa apa-apa kos, bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (3).
Pemegang lesen perkhidmatan itu hendaklah menerima sistem bekalan air atau sistem pembetungan itu atau sebahagian daripada sistem itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pemegang lesen perkhidmatan itu berpuas hati bahawa sistem bekalan air atau sistem pembetungan itu atau sebahagian daripada sistem itu memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam pelan dan spesifikasi yang diluluskan serta standard.
Apabila sistem bekalan air atau sistem pembetungan itu atau sebahagian daripada sistem itu diserahkan kepada pemegang lesen perkhidmatan, pemegang lesen perkhidmatan itu hendaklah mengendalikan dan menyenggarakan sistem itu.
Pemaju hendaklah memberikan atau menyebabkan supaya pemilik tanah untuk memberikan pemegang lesen perkhidmatan akses ke sistem bekalan air dan sistem pembetungan itu atau sebahagian daripada sistem itu bagi maksud pengendalian dan penyenggaraan sistem itu.
Suruhanjaya boleh mengecualikan mana-mana pemaju daripada kehendak seksyen ini.
Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 50
Dalam seksyen ini, “orang yang berkelayakan” ertinya seorang yang diiktiraf oleh Suruhanjaya sebagai seorang yang berkelayakan untuk mengeluarkan suatu perakuan pematuhan bagi maksud subseksyen (1).